Selasa, 23 Disember 2014

Buka FB lama. Terkenang banyak kenangan zaman belajar dulu. Macam-macam ragam rupanya penulis ni..hahahahah

Penulis nak kongsi satu lagu lama. Penulis dapat lagu ni dari dalam rancangan radio Klasik Nasional (sekarang dah tukar Radio Klasik). Rancangan tu bertajuk ADILA (Aku Dia Dan Lagu)..


Jom layan lirik-lirik lagu ni.. Memang best. 



Seumpama permata,
Ku gilap rapi dengan sutera,
Agar kilau sinarnya,
Kan berseri selama-lama.

Duka asmara kita,
Yang ku belai sepenuh hati,
Tanpa pula terdaya,
Ayah bonda tak merestui.
Bukannya ku sengaja,
Menodai ikatan janji,
Tak pernah ku relakan,
Perpisahan terjadi kini.
Walau jiwa meronta,
Namun sayang apakan daya,
Kehendak orang tua,
Walau pahit ku telan jua.
*Ku mohon pengertian,
Dari mu duhai pujaan,
Ku dalam persimpangan,
Antara cinta dan ketaatan.
Tak sanggup aku menderhaka,
Menghampakan hasrat mereka,
Ku mengharapkan keredhaan,
Agar hidup dalam keberkatan.
Maafkan aku sayang kerana terpaksa berundur,
Walau hati ku hancur kerana hajat yang terkubur.
Sudah takdir rencana,
Tiada jodoh antara kita.
Kau tetap ku doakan,
Moga bertemu kebahagiaan.

p/s: Siapa-siapa tahu tak lagu ni? Mencari, tapi tak jumpa..huhu

5 ulasan:

Ramli Hasan berkata...

Mana dapat lirik ni?sy pun tgh cari tajuk lagu ni...hehe

Ramli Hasan berkata...

Mana dapat lirik ni?sy pun tgh cari tajuk lagu ni...hehe

Notfah berkata...

dapat dari dengar rancangan ADILA Radio Klasik. tapi part dj nya sebut tajuk dan penyanyi nya terlepas. so, tak tahu gak.

Elle berkata...

tajuk lagu Antara Cinta dan Ketaatan - Amilah Amir

Notfah berkata...

Yeke Pn. Elle. Thanks for the information. Lepas ni nak goolg terus cari..hehe