Isnin, 11 November 2013

Happy Birthday

Happy Birthday....!!!

Hari ini hari ulang tahun kelahiran penulis yang ke - 23. Nampaknya penulis bakal melalui fasa baru tidak lama lagi.. Semakin meningkat umur, sudah tentu penulis tidak boleh lari dari soal jodoh.. Lebih - lebih lagi pengajian penulis tinggal setahun lebih saja lagi..

Penulis berdoa agar kehidupan penulis diumur baru ini bakal lebih bermakna.. Menjadi seorang yang lebih sabar, lebih pemaaf, lebih berfikiran matang, lebih amal ibadat, dan lebih bertanggungjawab..

Tahun ini, penulis berasa sangat terharu.. Kerana satu classmate kos Pengurusan Penyiaran menyanyikan lagu Happy Birthday.. Yup.. sangat terharu sampai nak melimpahkan air mata.. Mungkin sebab selama ini penulis sudah terbiasa jarang menyambut hari lahir.. Hanya sekadar sendiri mengingati hari lahir sendiri.. Seperti tahun lepas, satu family penulis langsung tidak mengingati hari lahir penulis.. dan penulis sengaja beli kek dan tulis "Happy Birhtday To Me".. Mungkin keadaan kehidupan penulis yang sudah terbiasa tak ada siapa ambil kisah sangat pun dengan tarikh hari lahir penulis, walaupun ia satu tarikh yang sangat cantik.. 11.11.1990. Menjadikan penulis sudah terbiasa walaupun tak ada siapa yang mengingati birthday penulis..

Sebab itu jugalah, apabila satu kelas menyanyikan lagu happy birthday untuk penulis, sangat membuatkan penulis rasa terharu.. Ini merupakan kali pertama selama 23tahun penulis hidup di dunia ini, satu kelas menyanyikan lagu untuk penulis..

Sebelum-sebelum ini, ada saja yang sambut birthday penulis.. macam kawan-kawan  rapat diploma: kawan Aqsa dan kawan kelab KKU. tapi, hati penulis lebih tersentuh dengan nyanyian ini.. mungkin kerana penulis memikirkan tiada sesiapa pun yang mengingatinya.. kalau di facebook, mungkin kerana ada notification birthday.. kalau tak, memang tiada yang mengingatinya..

"Notfatun Nikmah Mohamed.. kuatkan semangatmu.. jadilah insan berguna dunia akhirat.. jadilah anak yang solehah kepada kedua ibu bapamu.. jadilah pelajar dan anak murid yang patuh pada gurumu.. jadilah isteri yang mithali kepada suamimu.. jadilah ibu yang menghargai anak-anakmu.. jadilah hamba Allah yang taat dan patuh pada perintah, suruhan dan larangan Tuhanmu.."

Semoga Allah mengampuni dosaku selama 23 tahun dimuka bumi ini.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Jumaat, 25 Oktober 2013

SYAHADAH Di Dalam Hati

Aku berlalu pergi meninggalkan Syed. Bagiku Syed sudah keterlaluan dengan mencampuri segala urusanku.

*** 

"Syahadah..! Kau mempunyai nama yang begitu baik. Namun perangaimu tidak menunjukkan namamu langsung! Aku kecewa dengan sikapmu." Kata Syed berdesing ditelinga Syahadah.

"Ah!! Kau jangan nak samakan namaku dengan diriku. Jangan masuk campur urusan ku lagi. Aku benci melihat kau selalu mencampuri urusanku. Hidup kita saling tidak berkait." Kemarahan Syahadah meluap-luap tatkala dirinya diberi teguran sebegitu. Baginya Syed sudah melampaui batas. Dia bukan siapa-siapa, tetapi suka sangat mencampuri urusannya.

"Aku menegur kau sebab aku sayangkan kau. Aku tak ingin kau terus menyimpang jauh dari jalan yang benar Syahadah. Kau wanita baik yang ku kenal. Namun, kenapa sampai begini kau mengubah dirimu? tidakkah kau kasihani ibu dan ayahmu Syahadah?" Syed mula bersuara secara lembut. Raut wajahnya menunjukkan betapa dia begitu menyayangi wanita itu.

"Hidup aku, sukahati akulah nak macam manapun. Itu bukan urusan kau. Lagi satu, jangan kau berani - berani sebut pasal ibu dan ayah aku. Aku tak suka dengar pasal mereka. Faham??!" Itulah kata-kata terakhir yang dituturkan oleh Syahadah sebelum melangkah pergi meninggalkan Syed.

***

Seminggu dua ini hatiku berasa gundah - gelana. Entahkan mengapa aku seakan - akan tidak senang duduk. Semacam ada sesuatu yang kekurangan, namun aku tidak ketahui apakah ia. Hatiku terus - menerus tidak tenteram. 

Kutatap buku - buku pemberian Syed di rak buku di dalam bilikku. Telah lama buku - buku tersebut tersimpan dan tersusun rapi di situ. Aku sudah lama tidak menyentuh dan membeleknya. 

"Syahadah, ambillah buku - buku ini. Aku hadiahkan buatmu supaya kau menjadi insan yang bertaqwa. Dan aku juga berharap kau terus menjadi wanita mujahadah yang solehah." Buku - buku berkaitan agama dihulurkan kepada Syahdah. Syed tahu benar Syahadah suka membaca buku - buku seperti ini. Lebih - lebih lagi buku 'Wanita Solehah' yang membuatkan Syahadah tersenyum manis.

Begitulah suatu ketika dahulu semasa Syed menjadi teman rapatku. Kulihat labah - labah juga sudah  membuat sarang di situ. Jelas terlihat oleh mataku dua tiga sarang labah - labah di rak yang berdebu itu.

Aku berdiri dan berjalan ke arah tersergamnya almari bajuku. Ku kuakkan pintu almari sebelah kanan. Tersusun rapi lipatan baju - baju kurung dan jubahku di situ. Aku membuka pintu almari sebelah kiri pula. Ku lihat tergantungnya baju - baju fesyen terkini yang serba menggoda mata - mata manusia di luar sana. Baju - baju inilah yang silih berganti ku pakai selalu. Terpalit satu perasaan sedih dihatiku.

***

"Tuhan tidak adil!! Tidak adil!! Kenapa?? Kenapa?? Ibu dan ayah yang aku sayang dibawa pergi. Kenapa??" Berjujuran air mata Syahadah seiring hujan lebat di luar kawasan Hospital Serdang tersebut. Syahadah menangis semahu - mahunyanya dan meraung - raung menyatakan ketidakadilan tuhan mengambil nyawa kedua ibu bapanya. 

Dia yang mendapat berita daripada Mak Lang Iyah mengenai kenderaan yang dipandu ibu bapanya berlanggar dengan lori tangki minyak ketika sedang dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Balakong hampir sahaja pengsan di luar tandas perempuan di fakultinya.

Syahadah bergegas ke Hospital Serdang yang terletak tidak jauh dari tempat perkuliahannya mendapatkan segulung ijazah dalam Bacelor Komunikasi. 

Namun dia terlambat, tuhan lebih menyayangi kedua ibu bapanya. Mereka pergi meninggalkannya setiba sahaja van ambulans Hospital Serdang tiba di perkarangan kawasan hospital tersebut.

***
Sejak itu, Syahadah mula menyendiri. Dia menjadi seorang penyenyap dan pendiam. Lama - kelamaan, bulan berganti bulan, Syahadah mula menunjukkan sikap positif apabila mula kembali bergaul bersama teman seperti biasa. 

Akan tetapi, perangainya mulai berubah. Dia menjadi seorang yang tersangat sosial. Setiap masa terluangnya dihabiskan untuk berpoya - poya bersama teman - temannya, lebih - lebih lagi lelaki yang yang entah dari mana dia kenali. Malah, pemakaiannya turut berubah. Baju kurung dan jubah yang selalu menghiasi tubuhnya kini telah diganti dengan baju - baju yang terdedah sana, terdedah sini, sempit, jarang, ketat dan mengiurkan pandangan mata lelaki - lelaki ajnabi.

Syed selalu menegur cara pemakaiannya dan tingkah lakunya. Namun, Syahadah yang berada di matanya kini bukan lagi Syahadah yang dulu dikenalinya. Tegurannya tidak pernah diendahkan. Bahkan dia ditempelak pula kerana dikatakan mengganggu privasi hidupnya. Pernah suatu ketika Syahadah membalingkan buku yang dihadiahkan kepadanya tepat kemukanya.

Syed tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya lagi bagi mengembalikan diri Syahadah yang dulu. Seorang wanita yang berwajah ayu, senyuman manisnya tidak pernah lekang dibibir. Selalu mengenakan baju - baju yang sopan dan bertutur dengan lemah - lembut. Perkara ini yang menarik minat hatinya terhadap wanita tersebut. 

***

Sudah hampir sebulan Syahadah tidak melihat kelibat Syed. Mungkin sahaja dia sibuk dengan projek tahun akhirnya. Syahadah turut sama menyiapkan projek akhirnya. Walaupun dia selalu bersosial, tetapi soal pelajaran dia tetap utamakan. 

Syahadah mulai sedar, dia sunyi dan merasa keseorangan. Dahulu, Syed selalu menegurnya, mengganggu hidupnya, namun kini kelibat Syed sudah jarang dilihatnya. Bahkan, tiada lagi suara - suara teguran daripada temannya itu yang dahulu rapat sekali dengannya. Walaupun merek berlainan jurusan kerana Syed mengambil jurusan Bahasa Arab.

***

Syahadah mendapati sepucuk surat yang bertulis namanya di peti surat rumahnya. Riak wajahnya begitu aneh. Dia berasa pelik kerana selama ini tidak pernah ada surat sebegini yang diterimanya. Pada pemikirannya, zaman surat - menyurat sudah berlalu. Entah siapa pula yang sengaja mengirim surat kepadanya.

"Kepada: Nur Syahadah Binti Abdul Rahim"

Sambil berjalan menuju ke pintu rumah, tangan Syahadah ligat membelek dan mengoyakkan bucu sampul surat tersebut. Lipatan lembaran surat itu dibuka sehingga berbentuk A4. Terdapat tulisan yang bertulis tangan dengan dakwat biru di atas lembaran kertas A4 tersebut. 

Punggung Syahdah berlabuh dikerusi kayu berhadapan televisyen di ruang tamu rumahnya. Kerusi kayu itulah satu - satunya perabot terakhir yang dibeli oleh arwah ibunya ketika mereka menghabiskan masa bersama membeli belah barang - barang tambahan bagi mengisi dan menghiasi ruang rumahnya. Ketika itu Syahadah sedang bercuti semester sementara menanti semester 5 bermula. 

Kini dia baru sahaja menghabiskan pengajian ijazahnya seminggu yang lepas. Projek tahun akhirnya mengenai Tahap Hubungan Penggunaan iPhone Dalam Kalangan Mahasiswa Semenanjung Di Dalam Keluarga sudah siap dihantanya. Dia merasa penat juga mengumpulkan responden - responden dari seluruh pelajar IPT seluruh semenanjung bagi projek tahun akhirnya. Mujur juga teknologi yang kini maju memudahkannya mengakses setiap IPT dan menghantar link questionnaire kajiannya kepada semua responden kajiannya. Hanya daripada software questionnaire tersebut yang telah siap diisi oleh responden kajiannya memudahkannya mengeksport data - data tersebut ke dalam SPSS. Namun, memikirkan yang dia terpaksa membayar kembali hutang PTPTNnya membuatkannya pening kepala.

***

Assalamualaikum...

Kehadapan Nur Syahadah Binti Abdul Rahim. Semoga engkau sihat - sihat sahaja. Aku Syed. Maafkanlah aku sekiranya suratku ini megganggu kehidupanmu. Namun, ini sajalah wadah yang mampu aku berikan kepadamu setelah sekian lama aku menyepikan diri darimu. Aku tahu, aku sekadar penyibuk bagi dirimu.

Syahadah.. Merasakah kau ketenangan tanpa gangguan ku selama ini? Inilah yang ingin aku katakan. Kalau dengan ketidakhadiranku sejak hari itu membuatkan engkau tenang, alhamdulillah.. Tapi...aku pasti, walaupun aku tidak mengganggu hidupmu lagi, engkau tentu sahaja beresah gelisah lagi.. Betulkan kataku??

Syahadah, kau tahukan yang kau dah berubah semakin jauh. Ketenangan yang kau cari tidak ada pada pergaulan sosialmu itu. Dan kau sendiri tahukan di mana ketenangan yang sebenarnya?? Aku selalu mendoakan engkau menjumpai jalan kembali. kembali menjadi Nur Syahadah yang ku kenal dulu..

Syahadah, pemergian ibu ayah mu suatu ketika dulu bukanlah beerti Tuhan itu tidak adil. Kerana Dia menyayangi ibu ayah mu lebih dari dirimu. Dan kenapa kau masih dipanjangkan umur olehNya kerana kau lah penyambung waris ibu ayahmu. Yang bakal mendoakan mereka supaya kurangnya bebanan mereka di dalam kubur, dan supaya mereka dapat menginjakkan kaki ke syurga kelak.

Namun, engkau pula sebenarnya yang tidak menyayangi mereka. Perubahanmu yang semakin keterlaluan bukan sahaja menambahkan seksaan mereka dikubur, malah kau menyeret mereka sama - sama ke neraka. Apakah kau tidak terfikir??

Aku kira, kau seorang yang sudah pastinya berilmu. Sudah tentu kau mampu membezakan mana baik dan mana yang buruk. Syahadah.... Terimalah segala qada' dan qadar ini dengan redha. Berubahlah menjadi wanita solehah yang kau idamkan dahulu. Aku sentiasa mendoakanmu.

Ketahuilah akan dirimu, engkau tidak pernah keseorangan.. Walaupun ibu dan ayahmu tiada, aku sentiasa ada di sisimu. Aku....sentiasa mendoakan dirimu. Semoga engkau menjadi wanita solehah dan menjadi... isteriku..

***

Aku tersentak. Aku terhenti membaca surat kiriman Syed. Mataku bergenang dan menitislah air mataku ke pipiku. Aku tahu, memang apa yang selalu dikatakan Syed itu benar. Aku memang tidak pernah mendapat ketengangan dengan berubah menjadi wanita liar. Aku terlalu ego dan suka menyalahkan. Padahal sebenarnya aku yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa kedua orang tuaku telah pergi meninggalkanku. Aku terlalu mencintai ibu dan ayahku. Merekalah tempat aku bermanja.

*** 

Syahadah, aku sentiasa ada untukmu. Aku sedia mengisi kekosongan hidupmu.. Aku sedia membimbing dirimu, menjadikan engkau wanita teristimewa di dalam hatiku. Aku ingin menyunting dirimu.. Sudikah engkau menerima diriku ini??

Kembalilah Syahadah.. Akan ku bawa dirimu mencari ketenangan yang kau inginkan.. Dan bersama kita menuju ke syurga abadi...

Yang ikhlas menyintaimu,
Syed Afuan Bin Syed Mustapha

***

Bercucuran air mata Syahadah. Selama ini dia lalai dan leka. Sesungguhnya hatinya selama ini meronta mencari ketenangan dari sang Pencipta. SYAHADAH... Dia kembali mengucapkan syahadah di dalam hatinya. Sesungguhnya dia banyak berdosa. Tapi, Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.





Khamis, 24 Oktober 2013

Bukir Tabur: Ku Jejak Jua

Assalamualaikum..

Penulis ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, bahawasanya, penulis telah pun mendaki Bukit Tabur yang terletak di celah-celah Kuala Lumpur.. Bukit Tabur merupakan bukit kedua yang penulis daki bersama rakan - rakan penulis..

Sebelum ini, penulis mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih.. Perbezaan di antara Bukit Broga dan Bukit Tabur adalah sangat ketara.. Bukit Broga merupakan bukit yang selamat untuk di daki bagi pandangan penulis.. Manakala Bukit Tabur, merupakan bukit yang mencabar minda pendaki, bukan sekadar minda bahkan pendakian menjadi lebih sukar dan menggerunkan dengan bukit-bukitnya yang menegak 90darjah..

Pengalaman mendaki yang amat menggerunkan jiwa.. Kawan penulis menyatakan bahawa muka penulis kelihatan pucat semasa pendakian.. Hehe..

Sebenarnya, petang jumaat (18 Oktober 2013) penulis membuat sedikit kajian (research) mengenai Bukit Tabur, setelah dimaklumkan mengenai aktiviti pendakian bukit tersebut.. Dan perasaan penulis mulai bergetar melihat statistik-statistik kes yang berlaku di Bukit Tabur.. Terdapat kes pendaki sesat, kes pendaki tergelincir, tali terputus, dan  yang paling menususk hati, kes kemalangan nyawa yang banyak sekali..

Mungkin sebab itulah penulis sedikit gerun semasa mendaki bukit tersebut.. Namun, saat bermulanya pendakian, penulis tetap menguatkan semangat untuk sampai ke penamatnya..

Alhamdulillah...penulis memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah menyelamatkan nyawa penulis dan teman-teman sepanjang perjalanan pergi dan pulang..

Dan penulis tidak lupa juga, kenangan menghirup setiap sedutan air soya sejuk di food court Setia City Mall..hehe berharga Rm2.80.. setiap sedutan perlu dinikmati sebaiknya sambil melihat pemandangan luar..

Alangkah indahnya ciptaanmu Tuhan.. Aku juga bersyukur menjadi salah satu ciptaanMu..
"Nikmat tuhanmu mana lagi yang hendak engkau  dustakan.."

Wassalam..

RALAT

Assalamualaikum.. Kepada pembaca semua, oh, sudah begitu lama penulis meninggalkan ruangan blog ini sunyi dan kesepian.. Barangkali, sudah pasti penuh sawang dan debu menghiasi blog ini. Maafkan penulis kerana tidak menunaikan janji untuk menulis serba sedikit mengenai novel - novel yang penulis pernah baca sebelum ini. Entahkan mengapa, mungkin masalah penulis sendiri.. Kini, diambang semester 5, bacelor komunikasi, menyesakkan lagi kehidupan penulis dengan berbagai - bagai tugasan yang perlu disiapkan.. 

Akan tetapi, dibalik kekalutan, penulis sempat membeli sebuah buku novel yang bertajuk RALAT, yang dikarang oleh pensyarah penulis sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Jusang Bolong.. Oh, membaca buku novel ini dikala kesesakkan masa sebenarnya hanya salah satu cara bagi penulis untuk meredakan ketepuan otak yang bersarang terlalu lama akibat disumbat bermacam-macam subjek yang kini kian terasa  bebannya.. 

Haa...Novel yang dibeli pada 22 Oktober 2013 tamat sudah pembacaannya pada 24 Oktber 2013.. Sebuah novel yang mendapat hadiah sastera pada tahun 1998.. 

Dikala penulis membaca novel ini, watak -watak di dalam novel ini selalu berlegar - legar di dalam minda penulis.. Oh, alangkah rumitnya.. Sebagai pembaca, memang benar penulis sering tertanya-tanya dengan segala persoalan di dalam novel ini. Siapa jodoh Amir?? Siapa jodoh Mas Zainah?? Adakah Nurshana yang eksiden (kemalangan)?? Kenapa Yen asyik terlupa nak maklumkan pada Pak Tua tentang Amir dan keluarga yang sedang mencari dia?? Siapakah tali barut yang buat dajal pada nurseri Mas Zainah?? Adakah novel yang dikarang selalunya dari pengalaman diri??-melihat novel tulisan Mas Zianah- 

Oh, novel RALAT... Kau benar-benar membuatkan penulis ralat.. 

Tapi, disebalik itu, penulis merasa kagum.. Kagum dengan penceritaannya.. Betapa terasa sungguh kerdilnya diri ini tatkala melihat hebatnya penulisan ini.. Mampu memasukkan unsur-unsur sains, ketuhanan, tumbuhan, penyakit, dan banyak lagi.. Berapa lamakah kajian dan penyelidikan dilakukan dalam menggarap idea novel ini.. Sungguh hebat.. 

Akur dengan kehebatan kesenian penulisan insan-insan yang sudah lama makan garam daripada penulis.. Tiba-tiba terbayang dibenak fikiran penulis.. "Adakah aku juga patut menghasilkan sesuatu penulisan seperti ini??"-yang mampunyai nilai-nilai kemanusiaan, percintaan, kasih sayang, ketuhanan, perjuangan-

Sama seperti novel-novel yang pernah penulis baca sebelum ini.. Inilah kualiti novel insan berilmu..menjadikan novel bukan sekadar untuk pembacaan dikala bosan, namun, bahan ilmiah, yang mengisi jiwa pembaca dengan nilai-nilai positif dan mulia.. 

Sekian..Wassalam..

Jumaat, 26 Julai 2013

Sekian Lama..

Setelah sekian lama penulis meninggalkan lembaran blog ini, akhirnya, baru berkesempatan meluangkan sedikit masa bersama..

Andai saja blog ini mempunyai perasaan, pasti dia akan merajuk dengan penulis kerana hampir setahun penulis meninggalkannya gantung tak bertali..

Maafkanlah penulis wahai blog ku sayang.. Penulis teringin untuk membuat sedikit ulasan mengenai buku2 yang penulis baca sebulan ni.. tapi, penulia menunnggu kesempatan ruang waktu untuk itu.. Mungkin di lain coretan..

Semoga kita bertemu kembali.. Dan doalah agar kita tidak terpisah lama lagi.. Penulis ingin mengundur dirir dahulu.. Wassalam..