Rabu, 27 September 2017

Di Manakah Erti Kebahagian?

Penulis sangat terkesan hati dengan apa yang berlaku pada sesebuah institusi perkahwinan. Bukan nak kata pada rumah tangga penulis.. Tapi apabila melihat pada keadaan sekeliling, macam-macam ragam yang terjadi.

Ia seolah memberi gambaran yang sangat dahsyat pada penulis. Adakah ia juga akan terjadi kepada penulis suatu hari nanti? Minta-minta dijauhkan...

Sangat sedah dan terkilan dengan situasi yang berlaku. Walaupun bukan depan mata, hanya halwa telinga mendengarnya, tapi ia cukup meruntun hati wanita penulis ni..

Apabila berlaku bermacam-macam perkara, terlintas di benak fikiran penulis. Di manakah erti kebahagian yang dahulu dijanjikan bersama?? Mengapa ada sahaja dugaan yang menimpa sehingga ada salah seorang yang kecundang diperjalanan? Mengapa ada sahaja yang dengan mudah melepaskan tanggungjawab? Mengapa ada sahaja yang dengan egonya menggunkan kuasa veto hanya sekadar untuk memenuhi nafsu sendiri?

Di manakah kebahagiaan yang sepatutnya dirasai bersama-sama? Bukan hanya untuk sebelah pihak sahaja.

Entahlah... Tapi ini lah ragam dunia institusi perkahwinan sekarang.. Ia sangat-sangat menyedihkan dan kalau boleh penulis tak ingin lagi mendengar kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi..

Hanya padaMu ku panjatkan DOA.. Selamatkanlah keluarga dari hasutan syaitan, lebih-lebih lagi yang bertopengkan manusia.. Selamatkanlah keluargaku dari punah dan ranah. Limpahkanlah rezeki Mu yang luas itu kepada kami semua...Amiinn...