Jumaat, 2 November 2012

Hatiku berdarah kembali

Trett.. Trett.. Trett..
Arisa mendapat mesej daripada Izhar.
     "aku nak clash.. kita pisah je lah..ok.. lepas ni dah tak payah mesej call aku lagi.."
Terkedu membaca mesej yang diterima daripada teman lelakinya itu.. Dengan pantas, Arisa terus mendail nombor Izhar untuk mendapatkan kepastian.. mungkin saja ada orang lain cuba hack fon Izhar.. Arisa cuba berfikiran positif..

Tutt..Tutt..Tutt..Tutt.. "Helo.."
"Helo..Izhar.."
"ada apa lagi ni?? tak faham lagi ke mesej aku tu?"
"Jadi betullah awak yang hantar mesej tu? tapi kenapa?" Arisa mula menunjukkan kesedihan.. Air matanya mula bergenang tanpa diminta..
"aku dah bosan dengan ko.. ada faham? dah..! lepas ni tak payah nak call mesej aku lagi.. menyemak je.."
Izhar terus mematikan panggilan tersebut.

Arisa tak faham..kenapa dia perlu berpisah? apa salah yang dia dah lakukan? 

(moral of the story: jodoh tak adalah tu..)

malas lak nak buat cite panjang-panjang..hahhaa

Khamis, 1 November 2012

Teringin..

Salam Muka Blog..hehe

Rasa seperti teringin ingin menulis cerpen di dalam blog ini.. tapi apakan daya, masa sentiasa tidak mengizinkan diri ku untuk bermadah helah di atas lembaran kertas blog ku ini..

Mungkin masih lagi tidak terlambat untuk diri ini mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua muslim.. Korban..korban..

Haiiiilahh nasib... 2 3 hari ini tak cukup tidur dibuatnya.. menyiapkan assignment..haahha tu lah... degilll.... nak buat last minit.. padan muka dapat sakit pale.. bukan  nak ngata.. tapi itulah hakikatnya..

>_<

Rabu, 3 Oktober 2012

Test???

Nampaknya minggu mendatang akan dipenuhi dengan test2 , kuiz2 dan assignment2..

Harus apa ku lakukan???

:) :) Senyumlah, senyumlah ahai.....cek mek molek..

Khamis, 27 September 2012

Nak Dengar Cite Ker??

Hari ni kelas tak adalah padat macam hari Selasa dan hari Rabu.. Hanya ada 2kelas sahaja iaitu kelas Komunikasi Antara Budaya dan kelas Media, Teknologi dan Masyarakat.. Haa....subjek apa ni?? heheh Inilah subjek bagi budak2 macam penulis.. (^-^)

Kesimpulan yang penulis dapat buat untuk subjek Komunikasi Antara Budaya (KAB) ialah subjek ini penting.. sebab ia sedikit sebanyak membantu kita dalam memahami, mendalami, mengetahui, meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza dengan kita..

Jadi, mesti kawan-kawan tertanya, mana munculnya subjek ni?? Sebenarnya subjek ini telah pun lama wujud..lebih2 lagi mengenai KAB..

Bidang pengajian KAB ini mula selepas Perang Dunia Kedua.. Di mana pada waku tersebut, banyak negara yang mengalami masalah ekonomi yang merundun.. Maka, negara United State (US) terpanggillah untuk membantu meningkatkan kembali ekonomi negara2 tersebut.. US pun menghantarlah pakar2 dalam pelbagai bidang ke negara2 yang terlibat..

 Malang tidak berbau.. Ceh...guna pepatah Melayu pula..hehhe Orang2 yang dihantar tidak dapat membantu sangat dalam menaikkan kembali ekonomi negara mereka kerana masalah2 berkaitan.. Seperti ada yang minta balik awal..ada yang tak dapat ngam ngan penduduk di situ dan berbagai2 masalah lagi.. Lantaran perkara tersebut, US pun mengambil keputusan untuk melakukan praktikal/ latihan / lebih dikenali sebagai education training kepada wakil2 yang dihantar ke negara luar tersebut..

Maka..Siapakah yang terpilih untuk melaksanakan tugas yang berat ini??? 

Nantikan sambungan episod ini pada keluaran akan datang...hahhhahha

Tak adalah...gurau je..hehehh

Edward T. Hall, seorang pakar antropologi, telah ditugaskan amanah melaksanakan education training tersebut di Foreign service Institute.. Jadi.... Siapa Edward T. Hall ni???  

Dia merupakan pelopor @ pengasas kepada bidang KAB ni lah.. Bergelar Profesor Emeritus dah sekarang ni.. dalam bidang komunikasi..

Jadi... BAGAIMANAKAH edward T. Hall ini melaksanakan tugas yang di amanahkan??
Kita berjumpa lagi di keluaran entry akan datang..

Salam sayang buat warga Malaysia.. Cintai diri anda.. Cintai Malaysia..

Maaf...entry berbentuk akademik pula kali ni.. mesti boring kan??heheh (^-^)

Rabu, 26 September 2012

Isu Bertudung Atau Berhijab

Dewasa ini kita sering melihat dunia industri hiburan kita mula ada perubahan dari semasa ke semasa.. termasuklah dari sudut aktres2 wanita yang mula bertudung atau berhijab.. Walau apa pun sebab musabab mereka mula meneruskan karier dengan imej baru (bertudung), saya menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah membukakan pintu hati mereka untuk menutup aurat.walaupun mungkin tidak mampu sesempurna, namun, asalkan ada niat untuk berubah menjadi muslim yang lebih baik, itu cukup memadai..

Sebagai rakyat Malaysia, saya juga berbangga kerana industri hiburan tanah air kita mula ada perkembangan.. barulah sesuai untuk menunjukkan imej negara kita sebagai negara Islam..yang mengamalkan Islam..

Bagi saya, sebagai muslim, kita seharusnya terus memberi sokongan kepada mereka agar tetapkan iman dalam meniti perubahan yang dilakukan.. usahlah kita memperkotak-katikkan niat dan hasrat murni mereka untuk berubah menjadi muslim sejati.. tetapi, sokonglah mereka.. tunjukkanlah mereka jalan yang baik untuk berubah dengan nasihat dan teguran yang berhemah.. dan doakanlah mereka..

Pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" sudah menunjukkan kepada kita agar kita berhati-hati dalam berkata-kata.. berfikir sebelum menyuaraknnya..kerana mungkin tanpa kita sedari, kita juga telah menjadi salah satu daripada individu yang menyumbang kepada runtuhnya keimanan mereka...

Pernahkah anda mendengar kata-kata "alah..kalau bertudung pun, perangai tak semstinya baik..", "kadang2 yang bertudung tu lagi teruk dari yang tak bertudung.." kata-kata ini memang selalu akan kedengaran di mulut orang-orang yang sentiasa tidak berpuas hati..orang-orang yang tidak mengerti erti kesyukuran..orang-orang yang suka untuk menghukum orang lain atas kesalahan orang lain.. seperti kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..

Jangan lah kita sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu.. kerana hanya ALLAH sahaja yang menghukum seseorang itu berdosa atau tidak.. dalam menjalani kehidupan bermasyarakat, hiduplah dengan aman damai tanpa ada persengketaan.. kerana itu lebih membahagiakan semua..

Terkadang, hati penulis berasa terkilan.. melihat kawan-kawan dan kenalan-kenalan sendiri yang tidak menutup aurat (bertudung)..malah..ada yang menyatakan dirinya nampak hodoh bertudung.. usahlah kawan menyatakan demikian..kerana, mungkin di sisi kita kita merasa hodoh..tapi di sisi Tuhan, mungkin kita adalah insan yang tercantik..

Dari sudut untuk menegur, penulis sedar akan kekurangan diri.. penulis memang tidak kuat/ mampu untuk menegur kawan-kawan yang tak bertudung kerana bagi penulis, penulis tidak tahu cara apakah yang berhemah untuk menegur kawa-kawan yang 'free hair' ini bertudung.. sebab, mereka tahu berhijab itu WAJIB.. mereka tahu.. tetapi, alasan-alasan yang diberikan seperti tak sampai seru...tungu dapat hidayah dan sebagainya hanyalah untuk menutup alasan mereka dari bertudung..

Rimas? Terkongkong? Hodoh?

Mengapa begitu memandang rendah pada diri.. wahai kawan.. diriku berdoa agar kawan-kawan akan bertudung (menutup aurat)..janganlah bila nyawa dah sampai dihujung tanduk, baru kawan-kawan menyesal..

Diri ini juga tidak sempurna..semua orang tidak sempurna..mengapa kita tidak sama-sama ke arah mensempurnakan diri kita???

Wassalam..

Selasa, 25 September 2012

Mengundi..Lalala~

Kawan2....tahukah anda hari ini merupakan hari mengundi di UPM?? hehe mestilah tak tahu..sape nak kesahkan?hihi Saya dah pun mengundi..

Lalalalalala~ (^-^)

undi.. undi..

Bantal Ku Di Dakapanku

Entry kali ni biasa2 sahaja..hehe :) setakat ingin mengucap selamat malam kepada warga blogger dan tak lupa juga rakyat malaysia.. hihi.. 

apa lagi?? jika bantalku di dakapanku.. (-.-) zzzzZZZ 

p/s: semoga esok lebih baik dari hari ni..

haa...esok adalah waktu mengundi.. so..warga universiti putra malaysia..jangan lupa untuk mengundi tau.. jalankan tanggungjawab anda sebagai student upm.. 

p/s: termasuk diri sendiri yang berkata..

k..good night.. :) baca doa tidur dulu.. Bismikallahumma ahya wa amutt..amiinn...

Ahad, 23 September 2012

kembali semula

nampaknya dah lama saya tak berblogger.. em..sibuk ke? atau saja2 menyibukkan diri? entahlah.. mungkin sebab zaman dah berubah.. sekarang semua dah facebook atau twitter.. blog pun dah kebelakang.. nampaknya....kena buat something.. :) aaaargggggggggghhhhhhhhhhh......... berubah.... heheh