Sudah Hampir.. Sibuk..

Nampaknya tarikh pertandingan debat diraja sudah semakin hampir. Esok malam sudah mula bertolak ke UM. Naik bas. Dari 3-8 Disember 2009. Kawan - kawan, ramai yang akan terus balik setelah habis debat nanti. Tapi aku tak balik. Sebab ada hal lagi dekat UDM. Sayang tinggalkan UDM ke aku ni?? Lepas debat, nak pergi USIM pula. Jadi researcher bos untuk Mut Mahkamah Syariah. Bos kata bertolak 12 dan 13 Disember ni. Tapi kena datang awal untuk persediaan. Bermula 1 ni sepatutnya. Tapi, dah kata ngan bos ada debat. Jadi, lepas debat, balik UDM lah. Lepas balik dari USIM, bos kata kena pergi Pork Dickson. Ada kursus kepimpinan usahawan. Wajib pergi katanya. Jadi, pergilah. Arahan dari bos... Tapi tak pasti tarikh nya pula. Nak kena tanya bos mula. Tapi apa yang pasti, lepas balik dari kursus nanti, nak kena uruskan program KARNIAWAN. Program ni berjalan pada pertengahan bulan Januari. Program besar anjuran KKU. Jadi nak kena datang awal bagi proses memastikan segala program yang dibuat nanti berjalan lancar. Kena datang 20 Disember ni. Jadi, takkanlah nak balik rumah pula. Dalam seminggu juga. Kiranya, lepas tu, terus masuk sesi perkuliahan dah. Fuh... Sibuknya hari ku.. Rasanya balik rumah habis sem depan lah. Macam biasa. Lagipun, sem depan tak ada raya. jadi, tak ada alasan kukuh untuk balik rumah... Doa - doa agar aku dapat bertahan...

SALAM...

Setelah sekian lama menyepi, aku masih lagi tetap menyepi. Kesibukan masa menyebabkan aku menyibukkan diriku dalam kesibukan. Untuk mempostkan entri baru, aku pun sudah malas. Untuk menuliskan atau meluahkan kata-kata seperti dulu, aku sendiri sudah tidak mampu. Takut kata-kata ku akan melukai mana-mana hati insan lain. Cukuplah pengajaran yang lepas membuat aku sedar, blog bukan tempat meluahkan perasaan tetapi, ia juga tempat untuk menjaga hati mereka yang lain. Sebab itu kita dihidupkan dalam bermasyarakat. Maka, perlu manjaga hati masyarakat yang lain.

RINDU.... Memang sungguh rindu. Tapi, tidak guna merindui sesuatu yang tidak wujud lagi. Kenangan.... masih menghantui. Sehingga ke saat ini, betapa banyak sangat kenangan yang telah terkumpul dalam memori aku ini. Nikmat kenangan yang sungguh indah berseri umpama pewangi bagi diri.

KASIH.... Kasih buat semua teman yang dikenali. Aku sayang sangat dengan semua.

SAYANG.... Aku sayang sangat dengan ukhuwah yang terbina. Aku harap sangat hubungan yang terbina antara aku dan semua akan berkekalan sehingga akhirnya. Aku tak harap akan keretakan yang berlaku atau perselisihan faham yang mencemarkan hubungan aku dan semua. Juga tidak harap perkara lepas terulang kembali.

Perkampungan Debat Warisan Diraja

Terima kasih buat semua ahli debat. Selamat berjaya. Tidak kisahlah sama ada Kelab Debat Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Buat yang terbaik tau.. Anda Boleh!!! Kita Boleh!!! Udm Boleh!!!

TERKEJUT

Sup tulang kegemaran Alia sudah terhidang di atas meja makan. Hasnah cuba memanjang-manjangkan lehernya ke luar jendela, masih lagi tidak melihat kelibat anaknya itu. Selalunya anak kesayangannya itu sudah pulang di waktu petang begini. Waktu berbuka akan masuk 15minit lagi. Tetapi, anaknya masih belum pulang lagi. Kerisauan mula terpancar di wajah manis Hasnah.

“Assalamualaikum...”, “assalamualaikum...”. Kedengaran suara jeritan orang dari luar rumah. Hasnah segera ke arah jendela dan mengeluarkan kepalanya. “Ada apa Mat? Kenapa terjerit-jerit ni?”. Balas Hasnah dari jendela rumahnya.

“Hasnah, aku harap kau bersabar dengan apa yang aku nak cakapkan ni.”, balas Mat, yang merupakan jiran dan kawan baik kepada Hasnah. Hati Hasnah mula merasakan tidak enak mendengar kata-kata dari Mat. Adakah ada perkaitan dengan anaknya yang tidak balik lagi.

“Hasnah, anak kau, Alia, dia dikejarkan ke hospital sekarang.”, kata Mat. “Apa?”. Hasnah amat terkejut dengan berita yang didengarnya itu. “Alia, dia dilanggar lori tayar. Semasa dia tengah kayuh basikal, tiba-tiba tayar lori tayar tu meletup. Lori tu terbabas ke tepi dan melanggar Alia yang sedang berbasikal ketika itu di tepi jalan.”, cerita Mat panjang lebar.

Kepala Hasnah mula berpusing-pusing. Dia merasakan kepitaman menguasai dirinya dan keadaan sekeliling semakin gelap dari pandangannya. “Hasnah. Hasnah.”. Kedengaran suara-suara memanggil namanya. Kelopak matanya diangkat walaupun terasa amat berat sekali. Jijah, isteri Mat berada di depannya sambil memanggil namanya. “Jijah, Alia macam mana?”, Hasnah bertutur sebaik sahaja membuka matanya. “Alia masih lagi di hospital. Dia dah okey. Selamat. Kau kuatkanlah semangat. Nanti kita boleh melawat Alia. Buka dulu ye?”, balas Jijah panjang lebar. Hasnah hanya menggelingkan kepala. “Tak. Kau berbuka dulu. Kau tak jamah apa-apa lagi ni. Macam mana nak jaga Alia kalau kau sendiri tak bersemangat?”, tegas Jijah. “Aku nak berbuka dengan Alia. Aku sudah masakkan dia sup tulang kegemarannya. Dia paling suka sup tulang.”, kata Hasnah.

“Jamahlah sedikit dulu. Nanti kita bungkus bawa pergi hospital. Kau makan sama-sama dengan dia lah nanti. Sekurang-kurangnya kau ada lah tenaga nak berdiri, nak jaga dia lagi.”, balas Jijah. Hasnah akur dengan kata-kata Jijah. Kalau dia tidak makan, dia tidak akan punya tenaga untuk menjaga Alia. Hendak puasa lagi keesokan harinya.

Hati ibu mana yang tidak risau apabila mengetahui anaknya telah dilanggar lori dan dikejarkan ke hospital. Apatah lagi itulah satu-satunya anak tunggalnya setelah dia kematian suaminya 2 tahun yang lepas. Jikalau anaknya itu tiada pula, maka, tiadalah lagi peninggalan arwah suaminya itu. Anaknya itulah satu-satunya peninggalan arwah suaminya buat peneman dirinya di kala senja nanti.

KETENANGAN

Pagi hari yang penuh dengan kesibukan. Bunyi bising kenderaan lalu-lalang memang amat membingitkan telinga aku. Heh.. Amat membencikan. Dunia yang penuh dengan kesibukan. Bandar yang penuh dengan manusia. Biasalah. Kalau hidup di bandar konkrit ni, memang tak dapat larikan diri dari kebisingan bunyi-bunyi kenderaan dan orang. Terasa bahang sangat. “Aku nak lari dari sini!!”, jeritku secara tiba-tiba. Semua pandang. Alamak. Aku yang berada ditengah-tengah alam tiba-tiba menjadi tumpuan semua orang.Malu aku dibuatnya. Macam mana aku boleh lupa yang aku bukannya berada di rumah? Terus aku berlalu dari situ.

Aku telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung ku. Aku nak larikan diri dari bandar metropolitan ini. Aku ingin mencari kedamaian dan ketenangan. Produa Viva putihku ku pandu terus ke arah kampungku. Laju sahaja aku memandu pulang. Memakan masa selama tiga jam untuk menyampaikan aku ke kampung halamanku. “Fuh...”,keluh aku. Sampai juga aku. Seronoknya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Terasa begitu damai sekali. Sawah padi yang luas terbentang, padi-padi yang baru berbuah menghijau, burung-burung yang berkicauan berterbangan di udara bersama teman-temannya, pokok-pokok pisang yang berderet dibatasan, ikan-ikan yang bermain di paritan, udara petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengusik pohon-pohon lainnya seakan-akan melambai-lambai meyambut kedatanganku. Memang damai.

Aku berjalan dibatas-batas sawah sambil berkaki ayam. Kasutku ku tinggalkan di kereta produa ku. Jauh aku berjalan. Merenung sawah padi yang menghijau, memang menyedapkan pandangan. “Ah!!! Ouch... Sakitnya..”, aku mengaduh kesakitan. Macam mana boleh tak perasan ada lubang kat sini. Aku bingkas berdiri. Aku tak dapat nak mengimbangi diriku. Rasanya kaki ku terseliuh. Aku terjatuh kembali. Bencinya. Aku cuba bangkit kembali. Kali ini, aku perlahan-lahan bangun dan mengimbangi diriku. Aku berjalan pulang ke keretaku dalam keadaan berjengket-jengket. Itulah. Jalan tak nak pandang depan. Siapa suruh? Kan dah jatuh. Salah aku juga. Aku memandu kenderaan ku pulang ke rumahku. Payah juga pandu kereta dalam keadaan kaki yang sakit.

Sampai pun rumah. Rumah yang sudah lama tidak aku diami. Ayah dan mak aku sudah lama tiada. Jadi, aku pun malas nak balik kampung. Buat teringat kenangan lama. Tapi, apabila sudah mula rasa keboringan hidup di bandar, terpaksa juga pulang ke kampung halaman. Berhabuk juga rumahku ini. Nak kemas, kaki sakit gila. Ku gapai minyak urut di tepi dinding rumahku dan bertelempok di lantai lalu mengurut-urut kakiku yang tengah mengerang kesakitan. Sakit juga dibuatnya. Buat aku teringat. Rupanya sudah lama aku tidak jatuh dan terseliuh kaki. “hehehehe...”. Ketawa kecil aku. Macam orang gila pula bila difikirkan.

Selepas aku merasakan kaki ku mula pulih sedikit, aku pun bingkas bangun dan mengemas rumahku. Berhabuk, bersawang, berdebu. Lebih seinci debunya. Terbatuk, terbersin aku dibuatnya. Lama juga mengemas rumah aku yang tak berapa besar man ni. Akhirnya, bersih juga rumah aku ini. Penat juga dibuatnya. Terasa lapang pula. Mana tidaknya. Segala perabot dalam rumah ini aku sudah sedekahkan ke rumah anak-anak yatim di hulu kampung ni. Aku pun duduk merehatkan diri di atas tikar mengkuang lama yang seingat aku, ayah aku belinya dari Mak Yam. Mak Yam memang terkenal dengan kepakaran membuat tikar mengkuang di kampung aku ni. Tikar yang dibuatnya memang tahan lama. Tikar yang aku duduki ini masih kelihatan baik lagi. Nanti nak lawat Mak Yam lah.

“Ah!!!”. Tertidur pula. Sudah pukul berapa ni? Aku melihat jam di telefon bimbitku. “Ha..”. Sudah lama rupanya aku tidur. Hebat aku ni. Mentang-mentang tak boleh sembahyang. Aku terus ke bilik air dan menyegarkan kembali diri aku. Wah.. sejuk benar air telaga ni. Sudah lama juga aku tak mandi air telaga. Masih teringat lagi sewaktu aku kecil dahulu. Aku selalu sahaja mandi setiap kali rasa kepanasan sampaikan boleh kata dalam satu hari, lima atau enam kali aku mandi sehingga mak marahlah. Habis juga air telaga ni dibuatnya. Hahaha..

Malam-malam mandi, menggigil aku dibuatnya. “Burrkkkk”. Alamak.. perut berbunyi pula. Laparnya. Mana tidaknya. Aku tak makan lagi dari pagi tadi, patutlah perut aku mengerang macam harimau kelaparan. Aku pun keluar dari tempurungku dan melihat keadaan luar. Gelap. Hanya lampu jalan menerangi jalan-jalan dan kawasan sekitarnya. Menghirup udara malam yang tenang sudah membuatkan aku kekenyangan pula. Tadi terasa lapar sangat. Ku tinggalkan kenderaan ku di halaman rumah ku dan berjalan ke kedai. Kalau tidak silap aku, ada kedai berhampiran simpang empat dekat hujung jalan ni. Tenang juga berjalan malam-malam ni. Ketenangan yang aku cari akhirnya aku jumpai dan ianya hanya ada di sini. Memang seronok dekat kampung ni. Tak sama langsung dengan suasana bandar.