Penulis tidak menyangka bahawa penulis mempunyai kekuatan untuk menjejakkan kaki ke majlis perkahwinannya dengan insan yang dia cintai. Mungkin kerana penulis telah menyemaikan di dalam hati ini supaya menerima segalanya dengan redha.
Ya... dahulu dia lah merupakan insan yang berjanji akan mengambil penulis menjadi isteri dan suri hidupnya. Dia lah lelaki pertama yang menghadirkan diri secara realiti untuk mengambil diri penulis bukan hanya sekadar kawan, tetapi lebih dari itu.
Namun, ketentuan dan takdir Allah itu lebih cantik. Dia telah mengambil keputusan untuk menghentikan perhubungan ini setelah setahun. Penulis sedar, diri penulis ini memang serba banyak kekurangan. Walaupun perit untuk diterima, namun, penulis tetap mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi realiti ini.
Kini, dia sudah pun bertemu dengan jodoh yang Allah tentukan buatnya. Tidak pernah terlintas pun di hati penulis untuk menyimpan dendam kepadanya kerana telah memungkiri segala janji-janji yang pernah ditabur dulu. Penulis mendoakan kebahagiannya bersama pasangan hidupnya itu. Semoga dia dikurniakan anak-anak dan keturunan yang soleh solehah, dan berjaya dunia akhirat.
Bagi penulis, segala ini telah pun tersurat. Jalan ini yang dibentangkan buat penulis. Dan jalan ini yang penulis harus lalui. Perjalanan cinta ini masih panjang. Kini di samping penulis, telah hadir seorang insan yang mungkin bakal menjadi pendamping penulis di kemudian hari. Segalanya penulis serahkan kepadaNya untuk menentukan jodoh yang terbaik buat penulis.
Penulis nak kongsikan sebuah lagu dari Noorkumalasari:
Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah
Riang suasana
Di majlis yang indah
Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau
Aku menyaksikan
Persandingan dikau
Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata
Sukar meyakinkan
Hati yang terluka
Oleh janji janji
Hati yang terluka
Oleh janji janji
Masih kedengaran
Jelas di bayangan
Kemesraan yang lalu
Jelas di bayangan
Kemesraan yang lalu
Setiap kulahirkan
Keraguan masa depan
Kau selalu meyakinkan daku
Keraguan masa depan
Kau selalu meyakinkan daku
Amat pedih melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri
Bila bersendiri
Aku mimikirkan
Di mana silapnya
Aku mimikirkan
Di mana silapnya
Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji
Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama
P/S: Hidup Mesti Diteruskan.
Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan