Khamis, 24 Oktober 2013

RALAT

Assalamualaikum.. Kepada pembaca semua, oh, sudah begitu lama penulis meninggalkan ruangan blog ini sunyi dan kesepian.. Barangkali, sudah pasti penuh sawang dan debu menghiasi blog ini. Maafkan penulis kerana tidak menunaikan janji untuk menulis serba sedikit mengenai novel - novel yang penulis pernah baca sebelum ini. Entahkan mengapa, mungkin masalah penulis sendiri.. Kini, diambang semester 5, bacelor komunikasi, menyesakkan lagi kehidupan penulis dengan berbagai - bagai tugasan yang perlu disiapkan.. 

Akan tetapi, dibalik kekalutan, penulis sempat membeli sebuah buku novel yang bertajuk RALAT, yang dikarang oleh pensyarah penulis sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Jusang Bolong.. Oh, membaca buku novel ini dikala kesesakkan masa sebenarnya hanya salah satu cara bagi penulis untuk meredakan ketepuan otak yang bersarang terlalu lama akibat disumbat bermacam-macam subjek yang kini kian terasa  bebannya.. 

Haa...Novel yang dibeli pada 22 Oktober 2013 tamat sudah pembacaannya pada 24 Oktber 2013.. Sebuah novel yang mendapat hadiah sastera pada tahun 1998.. 

Dikala penulis membaca novel ini, watak -watak di dalam novel ini selalu berlegar - legar di dalam minda penulis.. Oh, alangkah rumitnya.. Sebagai pembaca, memang benar penulis sering tertanya-tanya dengan segala persoalan di dalam novel ini. Siapa jodoh Amir?? Siapa jodoh Mas Zainah?? Adakah Nurshana yang eksiden (kemalangan)?? Kenapa Yen asyik terlupa nak maklumkan pada Pak Tua tentang Amir dan keluarga yang sedang mencari dia?? Siapakah tali barut yang buat dajal pada nurseri Mas Zainah?? Adakah novel yang dikarang selalunya dari pengalaman diri??-melihat novel tulisan Mas Zianah- 

Oh, novel RALAT... Kau benar-benar membuatkan penulis ralat.. 

Tapi, disebalik itu, penulis merasa kagum.. Kagum dengan penceritaannya.. Betapa terasa sungguh kerdilnya diri ini tatkala melihat hebatnya penulisan ini.. Mampu memasukkan unsur-unsur sains, ketuhanan, tumbuhan, penyakit, dan banyak lagi.. Berapa lamakah kajian dan penyelidikan dilakukan dalam menggarap idea novel ini.. Sungguh hebat.. 

Akur dengan kehebatan kesenian penulisan insan-insan yang sudah lama makan garam daripada penulis.. Tiba-tiba terbayang dibenak fikiran penulis.. "Adakah aku juga patut menghasilkan sesuatu penulisan seperti ini??"-yang mampunyai nilai-nilai kemanusiaan, percintaan, kasih sayang, ketuhanan, perjuangan-

Sama seperti novel-novel yang pernah penulis baca sebelum ini.. Inilah kualiti novel insan berilmu..menjadikan novel bukan sekadar untuk pembacaan dikala bosan, namun, bahan ilmiah, yang mengisi jiwa pembaca dengan nilai-nilai positif dan mulia.. 

Sekian..Wassalam..

Tiada ulasan: