Assalamualaikum..
Penulis ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, bahawasanya, penulis telah pun mendaki Bukit Tabur yang terletak di celah-celah Kuala Lumpur.. Bukit Tabur merupakan bukit kedua yang penulis daki bersama rakan - rakan penulis..
Sebelum ini, penulis mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih.. Perbezaan di antara Bukit Broga dan Bukit Tabur adalah sangat ketara.. Bukit Broga merupakan bukit yang selamat untuk di daki bagi pandangan penulis.. Manakala Bukit Tabur, merupakan bukit yang mencabar minda pendaki, bukan sekadar minda bahkan pendakian menjadi lebih sukar dan menggerunkan dengan bukit-bukitnya yang menegak 90darjah..
Pengalaman mendaki yang amat menggerunkan jiwa.. Kawan penulis menyatakan bahawa muka penulis kelihatan pucat semasa pendakian.. Hehe..
Sebenarnya, petang jumaat (18 Oktober 2013) penulis membuat sedikit kajian (research) mengenai Bukit Tabur, setelah dimaklumkan mengenai aktiviti pendakian bukit tersebut.. Dan perasaan penulis mulai bergetar melihat statistik-statistik kes yang berlaku di Bukit Tabur.. Terdapat kes pendaki sesat, kes pendaki tergelincir, tali terputus, dan yang paling menususk hati, kes kemalangan nyawa yang banyak sekali..
Mungkin sebab itulah penulis sedikit gerun semasa mendaki bukit tersebut.. Namun, saat bermulanya pendakian, penulis tetap menguatkan semangat untuk sampai ke penamatnya..
Alhamdulillah...penulis memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah menyelamatkan nyawa penulis dan teman-teman sepanjang perjalanan pergi dan pulang..
Dan penulis tidak lupa juga, kenangan menghirup setiap sedutan air soya sejuk di food court Setia City Mall..hehe berharga Rm2.80.. setiap sedutan perlu dinikmati sebaiknya sambil melihat pemandangan luar..
Alangkah indahnya ciptaanmu Tuhan.. Aku juga bersyukur menjadi salah satu ciptaanMu..
"Nikmat tuhanmu mana lagi yang hendak engkau dustakan.."
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan