Salam Sayang buat Suamiku..
Walaupun kau kini dekat di mata, namun hatiku masih lagi merindu..
Apa cukupkah kasih sayang yang aku berikan??
Atau masih kurang lagikah pengorbanan??
Maafkan aku atas segala kekurangan..
Tapi ketahuilah diri mu,
Bahawa Isterimu ini Merinduimu..
***
Andai perlu ku tongkah angin,
Andai perlu ku harung lautan,
Andai perlu ku selami malam,
Andai perlu ku redahi taufan,
Maaf sayang..
Kerana aku insan lemah
Tak mampu melakukannya
Namun,
Percayalah..
Rindu ku pada mu
Cinta ku pada mu
Sayang ku pada mu
Tetap bersemi di hati
Selagi mana hati ini kau pegang
Selagi mana hati ini kau belai
Selagi mana hati ini kau jaga
Rindu ku hanya untuk mu
Seorang..
***
Hahaaha.. maaflah penulis bermadah helah pula hari ini..hihi
1 ulasan:
indahnya kata2
Catat Ulasan