Jumaat, 16 Disember 2016

Hidup tak selalu indah~

Hidup ini tak selalunya indah.

Dalam menempuh alam rumahtangga, tak semestinya bahagia itu akan sentiasa bersama-sama. Kadang-kadang badai dan ombak datang melanda.

Tinggal melihat sekuat mana hati bertahan dihempas ombak dan badai.

Dalam senyuman ada tangisan..
Dalam ketawa ada terluka..

Ini lah dia kehidupan..

Bukan mudah dua hati untuk saling bersatu. Bukan mudah dua hati untuk saling menerima kekurangan masing-masing.

Walau sekecil perkara, namun mampukah kita menerimanya sebaiknya?

****

Hati lelaki dan hati wanita tidak sama..
Kerana hati wanita itu lagi halus dan mudah terluka..

Tapi wanita juga lah yang selalu cuba untuk menahan selagi mampu..
Bersabar dengan segala kerenah..
Berkorban menjalankan tanggungjawab suami yang sepatutnya dilakukan.

Tapi... sampai bilakah ia mampu bertahan?

Jangan pandang mudah pada kehidupan berumahtangga.

Bukan bahagia yang selalu ada..

Mungkin duka yang kan kau terima..

Tapi... fikirkanlah..

Kuatkah hatimu menerima kesemua dugaan ini bersama?
Atau hanya sebelah pihak selalu memberi dan sebelah pihak lagi asyik menerima?




Tiada ulasan: