Jumaat, 16 Disember 2016

Hidup tak selalu indah~

Hidup ini tak selalunya indah.

Dalam menempuh alam rumahtangga, tak semestinya bahagia itu akan sentiasa bersama-sama. Kadang-kadang badai dan ombak datang melanda.

Tinggal melihat sekuat mana hati bertahan dihempas ombak dan badai.

Dalam senyuman ada tangisan..
Dalam ketawa ada terluka..

Ini lah dia kehidupan..

Bukan mudah dua hati untuk saling bersatu. Bukan mudah dua hati untuk saling menerima kekurangan masing-masing.

Walau sekecil perkara, namun mampukah kita menerimanya sebaiknya?

****

Hati lelaki dan hati wanita tidak sama..
Kerana hati wanita itu lagi halus dan mudah terluka..

Tapi wanita juga lah yang selalu cuba untuk menahan selagi mampu..
Bersabar dengan segala kerenah..
Berkorban menjalankan tanggungjawab suami yang sepatutnya dilakukan.

Tapi... sampai bilakah ia mampu bertahan?

Jangan pandang mudah pada kehidupan berumahtangga.

Bukan bahagia yang selalu ada..

Mungkin duka yang kan kau terima..

Tapi... fikirkanlah..

Kuatkah hatimu menerima kesemua dugaan ini bersama?
Atau hanya sebelah pihak selalu memberi dan sebelah pihak lagi asyik menerima?




Khamis, 28 Julai 2016

Rindu Ku Pada Mu Yang Bergelar Syurga Ku..

Salam Sayang buat Suamiku..

Walaupun kau kini dekat di mata, namun hatiku masih lagi merindu..

Apa cukupkah kasih sayang yang aku berikan??

Atau masih kurang lagikah pengorbanan??

Maafkan aku atas segala kekurangan..

Tapi ketahuilah diri mu,

Bahawa Isterimu ini Merinduimu..

***
Andai perlu ku tongkah angin,
Andai perlu ku harung lautan,
Andai perlu ku selami malam,
Andai perlu ku redahi taufan,

Maaf sayang..
Kerana aku insan lemah
Tak mampu melakukannya

Namun,
Percayalah..

Rindu ku pada mu
Cinta ku pada mu
Sayang ku pada mu
Tetap bersemi di hati

Selagi mana hati ini kau pegang
Selagi mana hati ini kau belai
Selagi mana hati ini kau jaga

Rindu ku hanya untuk mu
Seorang..

***

Hahaaha.. maaflah penulis bermadah helah pula hari ini..hihi

Isnin, 18 Julai 2016

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Dah lama rasanya penulis menyepikan diri kan? Haha.. Biasalah tu. macam tak biasa pula kan.. Hehe..

So, kali ni penulis nak update pasal kerja.

Sekarang penulis sudah pun bekerja di sebuah syarikat Kezo Consult. Di bawah anak kecil syarikatnya iaitu Akademi JL sebagai Writer Assistant.

Apa pun, penulis baru je seminggu bekerja. Jadi, penulis diberi tempoh selama tiga bulan sebagai tempoh percubaan.

Doakan penulis ye..


****

Haa... ada satu benda penulis nak bagitahu ni.

Kan penulis pernah cakap dulu. Dulu-dulu lah, cita-cita penulis masa form 3 dan last lepas tu dah tak ada cita-cita dah. Penulis bercita-cita nak jadi Penulis..

Hahahahhahahhha..

Nampak tak di situ??

Okey lah.. sampai sini saja update ye..

Semoga bertemu di entry akan datang ye..

Bye..

Assalamualaikum.

Jumaat, 4 Mac 2016

Dugaan Sebelum Mendirikan Masjid

Betul lah seperti kata orang, sewaktu bertunang atau ingin mendirikan masjid, pasti akan ada dugaan dan cabaran yang besar. Penulis pun mengalaminya buat masa ni.

Ya.. Penulis pun tak tahu kenapa penulis begitu sensitif, sangat beremosi, cepat merajuk dan kecil hati. Kadang-kadang menangis, kadang-kadang gembira. Perasaan bercampur baur.

Penulis pernah sampai ke tahap rasa menyesal pilih jalan ini. Kenapa nak kahwin dengan orang macam ni? rasa menyampah, meluat, sakit hati, dah tak boleh sabar.

Sampai akhirnya penulis terlepas semuanya.. Tetapi..

Penulis sendiri rasa penulis yang salah dalam hal ini. Sebab tunang penulis sebenarnya sudah tersangat sabar dengan perangai dan karenah penulis. Dan penulis sepatutnya bersyukur punyai dia sebagai bakal suami.

Hem.. Bila terlepas cakap, tak ada apa yang mampu penulis lakukan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Penulis tahu penulis dah terlalu banyak menyakiti hati tunang penulis. Tapi, dia tetap sabar. Penulis sangat-sangat memohon ampun dan maaf atas keterlanujuran kata-kata yang mengguris hatinya.

Tingga 42 hari lagi sebelum majlis akad nikah kami. Doakan kami ye semua. Semoga hubungan yang dibina nanti akan berkekalan, hingga ke jannah..

Seperti lagu Kru-Hingga Ke Jannah
Dalam beribu
Dosa yang dah tersalah laku
Mungkin adanya sepahala
Menganugerahkan kau bersama
Syukran Ilahi
Menjodohkan takdir bertemu
Sempurna lengkap sanubari
Menjadi pasanganmu
Sejahtera kasih selamanya
Amin
Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama
Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama
Andai mengalir
Titis air mata menguji
Ku harap kau tabah bersabar
Harungi semua pancaroba
Akan ku janjikan
Senyuman di waktu yang sukar
Agar hanya detik yang indah
Tercoret dalam diari cinta
Sejahtera kasih selamanya
Amin
Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama
Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama
Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah

Sejahtera kasih selamanya
Amin
Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama
Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama
Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah

https://www.youtube.com/watch?v=-3lN9yHQ1kI

Setahun Berlalu

Setelah sekian lama penulis menyepi dalam laman sesawang blog ni. Rasanya ada lah setahun kot. Akhir sekali masa praktikal. Apa yang penulis lakukan dalam masa setahun kesepian ni?

Lepas habis praktikal, penulis pulang ke kampung halaman. dalam pertengahan bulan 1 macam tu. Penulis cari kerja-kerja di kampung je. Awal bulan 2, penulis berkerja di sebuah kedai pakaian di pekan tempat tinggal penulis. Banyak juga pengalaman yang penulis timba di sana. Menjadi jurujual, sebenarnya bukan lah mudah. Berhadapan dengan bermacam ragam dan karenah pelanggan yang masuk ke kedai. 

Penulis juga ditawarkan untuk menjadi Supervisor di situ. Tapi, penulis menolaknya sebab tugas sebagai penyelia sangat berat. 5 bulan penulis bekerja di situ. Suka duka masam manis semua penulis rasa. akhir bulan 6, penulis berhenti kerja atas sebab-sebab keluarga. 

Menjadi pengganggur buat beberapa bulan. Dan sekali lagi penulis bekerja. Macam biasa, kerja kampung-kampung je. Dalam pertengahan bulan 11, penulis bekerja di sebuah kedai jamu yang terletak jauh sedikit dari kampung. Perjalanan ke sana memakan masa dalam setengah jam menaiki motor. Walaupun bekerja seorang diri, tapi banyak benda penulis belajar. Dan penulis juga bakal berhenti kerja di kedai jamu ni. Bukan sebab ada masalah berkaitan kerja. Cuma... penulis ingin mendirikan rumah tangga tak lama lagi dan mengikuti suami ke tempat nya.

Jadi, lepas ni, penulis akan cari kerja yang tetap lah pula selepas berada di sisi suami. :)