Jumaat, 4 Mac 2016

Setahun Berlalu

Setelah sekian lama penulis menyepi dalam laman sesawang blog ni. Rasanya ada lah setahun kot. Akhir sekali masa praktikal. Apa yang penulis lakukan dalam masa setahun kesepian ni?

Lepas habis praktikal, penulis pulang ke kampung halaman. dalam pertengahan bulan 1 macam tu. Penulis cari kerja-kerja di kampung je. Awal bulan 2, penulis berkerja di sebuah kedai pakaian di pekan tempat tinggal penulis. Banyak juga pengalaman yang penulis timba di sana. Menjadi jurujual, sebenarnya bukan lah mudah. Berhadapan dengan bermacam ragam dan karenah pelanggan yang masuk ke kedai. 

Penulis juga ditawarkan untuk menjadi Supervisor di situ. Tapi, penulis menolaknya sebab tugas sebagai penyelia sangat berat. 5 bulan penulis bekerja di situ. Suka duka masam manis semua penulis rasa. akhir bulan 6, penulis berhenti kerja atas sebab-sebab keluarga. 

Menjadi pengganggur buat beberapa bulan. Dan sekali lagi penulis bekerja. Macam biasa, kerja kampung-kampung je. Dalam pertengahan bulan 11, penulis bekerja di sebuah kedai jamu yang terletak jauh sedikit dari kampung. Perjalanan ke sana memakan masa dalam setengah jam menaiki motor. Walaupun bekerja seorang diri, tapi banyak benda penulis belajar. Dan penulis juga bakal berhenti kerja di kedai jamu ni. Bukan sebab ada masalah berkaitan kerja. Cuma... penulis ingin mendirikan rumah tangga tak lama lagi dan mengikuti suami ke tempat nya.

Jadi, lepas ni, penulis akan cari kerja yang tetap lah pula selepas berada di sisi suami. :)


Tiada ulasan: