Pada zaman
dahulu kala, ada sebuah kampung bernama Kampung Sekapur Sireh Ros. Di dalam
kampung tersebut tinggal seorang teruna yang elok paras rupanya iaitu Si Amal
yang bekerja sebagai pemburu.
Manakala, bersebelahan kampung tersebut terdapat
sebuah hutan yang dihuni oleh pelbagai jenis warga binatang. Tersebutlah kisah,
pada suatu hari, tinggallah dua ekor anak burung yang sedang menanti kepulangan
ibunya bagi membawa pulang makanan kepada mereka.
Pada hari itu, cuaca kelihatan sangat baik.
Si Amal pun bercadang untuk keluar berburu di hutan sebelah kampungnya itu.
Tiba- tiba!!!
Muncul seekor mawas yang cuba membaham anak burung. Ketika itu, Si
Amal telah melihat kelibat mawas yang membaham anak-anak burung tersebut.
Dengan pantas, Si Amal pemburu binatang tersebut mengeluarkan anak panah dari
buluh di balik badannya sambil ditangannya memegang busur. Zupp…
Anak panah tersebut terkena tepat pada dada mawas tersebut. Akhirnya
mawas itu pun mati. Sejak dari hari itu, seluruh warga hutan menggelarkan Si Amal
Penyelamat Sang Rimba.
Selang setahun kemudian, Si Amal Penyelamat Sang Rimba telah pun
bertemu jodoh dengan seorang gadis kampung bernama Anis dari Kampung Pinang
Sebatang yang terletak bersebelahan hutan tersebut. Tidak lama kemudian, Si
Amal Penyelamat Sang Rimba dikhabarkan dengan khabar gembira apabila isterinya
Anis telah mengandungkan anak buatnya.
Genap sembilan bulan sepuluh hari, isteri Si Amal Penyelamat Sang
Rimba, Anis telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang cukup baik paras
rupanya. NAMUN!!!
Umur isteri Si Amal Penyelamat Sang Rimba tidak panjang. Genap 11
bulan umur anaknya itu, Anis pun mengalami suatu penyakit pelik sehingga
bertemu ajal.
Runtun sungguh hati Si Amal Penyelamat Sang Rimba tatkala isterinya
pergi meninggalkannya bersama cahaya matanya buat selama-lamanya.
Cahaya mata hasil kasih sayang mereka itu dinamakan Si Kecil Iman.
Tatkala Si Kecil Iman mula genap berumur dua tahun, keletahnya sungguh ligat.
Malah, Si Kecil Iman sudah pandai bertutur serta petah berbicara lagak seperti
anak kecil berumur enam tahun.
Oleh kerana hanya tinggal berdua, Si Amal Penyelamat Sang Rimba
selalu membawa Si Kecil Iman bersama-sama sewaktu pergi berburu di hutan.
Sedang berburu, tiba-tiba, cuaca bertukar menjadi mendung. Hari
seakan-akan gelap sehinggakan cahaya matahari terus hilang dari bumi. Si Amal
Penyelamat Sang Rimba cuba mencari tempat berteduh.
Sedang asyik sibuk mencari tempat berteduh, Si Kecil Iman hilang dari
pandangan. Puas sudah Si Amal Penyelamat Sang Rimba melaung-laung memanggil
nama anaknya itu, namun tiada sahutan balas dari anaknya.
Kakinya terus berlari tanpa arah tuju. Si Amal Penyelamat Sang Rimba
menyelinap segenap hutan mencari kelibat Si Kecil Iman yang tiba-tiba hilang
dalam jagaannya. Tiba-tiba!!!!! Terdengar bunyi pekikan yang amat menggerunkan.
Petir sambar menyambar, kilat sabung menyabung, hujan turun dengan
lebatnya sehinggakan tiada nampak akan Si Amal Penyelamat Sang Rimba kelibat di
sekeliling.
Si Amal Penyelamat Sang Rimba terus berjalan mencari anaknya sambil
air matanya tidak berhenti mengalir. Mengenangkan satu-satunya anaknya itu yang
hilang ghaib entah ke mana.
Malang tidak berbau, petir telah menyambar pokok lalu pokok itu rebah
dan tersujud ke bumi. “Arghhh!!!”, Si Amal Penyelamat Sang Rimba menjerit
kesakitan.
Pokok tersebut telah menimpa badan Si Amal Penyelamat Sang Rimba.
Malangnya, Si Amal Penyelamat Sang Rimba tidak terdaya lagi hendak bergerak.
Lalu, pandangan matanya mulai kelam dan gelap.
Saat Si Amal Penyelamat Sang Rimba membuka
matanya, dia melihat kelibat seorang wanita yang sangat cantik paras rupanya.
Di samping wanita itu ada seorang budak lelaki yang seakan-akan dikenalinya.
“Iman…………”, Si Amal Penyelamat Sang Rimba cuba bersuara.
“Wahai Si Amal Penyelamat Sang Rimba, janganlah tuan hamba khuatir.
Tuan hamba sekarang berada di teratak hamba, dan anak tuan hamba juga berada di bawah jagaan hamba. Hamba
bernama Puteri Fatun. Hamba adalah pemilik hutan ini.”
“Minumlah air ubat ini tuan hamba. Semoga kecederan tuan hamba pulih
seperti sediakala.” Sambil menghulurkan secawan air ubat dari tempurung kelapa.
Saat Puteri Fatun memberikan air ubat tersebut, tangan mereka
bersentuhan lantas mata mereka saling bertentang. Hati Si Amal Penyelamat Sang
Rimba terus berdebar dan Si Amal Penyelamat Sang Rimba terus jatuh cinta kepada
Puteri Fatun.
Genap 11 hari dalam rawatan dan jagaan Puteri Fatun, Si Amal
Penyelamat Sang Rimba pun kembali pulih seperti sedia kala. Bahkan badannya
kembali lebih bertenaga daripada biasanya. Namun, hatinya sayu kerana bakal
meninggalkan Puteri Fatun yang telah menjaga dirinya dan anaknya Si Kecil Iman
selama sakitnya itu.
Oleh kerana tidak ingin kecewa di kemudian hari, Si Amal Penyelamat
Sang Rimba pun meluahkan perasaan cinta dan kasihnya kepada Puteri Fatun.
Malahan, Si Kecil Iman juga turut sudah senang bersama Puteri Fatun yang sudah
dianggap seperti ibu sendiri.
Berlangsunglah perkahwinan mereka selama tiga hari dan seluruh warga
hutan begitu riang gembira kerana Puteri Fatun telah bertemu jodoh dengan
jejaka yang sesuai buatnya.
Namun!!! Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah
hari. Awan hitam mula melarat ke seluruh hutan dan kampung. Hujan lebat turun
tiada hentinya. Kilat pula terus sambar menyambar.
Tiba-tiba!!! Kelihatan kelibat lembaga hitam di awan yang kelam.
Terasa seakan-akan ada kuasa jahat yang meliputi seluruh bumi. Lembaga hitam
itu ketawa berdekah-dekah.
“Wahai Si Amal Penyelamat Sang
Rimba, aku lah Raja Kegelapan yang paling kejam di dunia ini. Aku kemari kerana
ingin mengalahkan kau wahai Si Amal Penyelamat Sang Rimba. Dan aku ingin
merampas Puteri Fatun daripada genggamanmu. Hahahahahahaha..”
Si Amal Penyelamat Sang Rimba terkejut dengan kata-kata dari Raja
Kegelapan tersebut. “Kalau kau begitu berani, marilah bertarung tenaga denganku
wahai Raja Kegelapan.”
“Aku terima cabaran kau wahai Si Amal Penyelamat Sang Rimba. Hahahahahaahha……”
pertarungan telah pun bermula. Bunyi dentuman tidak henti di sana dan sini.
Dalam sekelip mata, kedua-duanya telah menghancurkan separuh dari
hutan tersebut. Warga hutan masing-masing lari lintang-pukang kerana ingin
menyelamatkan diri daripada pertarungan antara Raja Kegelapan dan Si Amal
Penyelamat Sang Rimba.
Puteri Fatun telah membawa Si Kecil Iman bersembunyi jauh daripada kawasan
pertempuran. Raja Kegelapan mengeluarkan kesemua kuasa jahatnya untuk
menewaskan Si Amal Penyelamat Sang Rimba. Akan tetapi Si Amal Penyelamat Sang
Rimba tidak sedikit pun mengeluarkan tenaga dalamannya kerana takut tidak mampu
mengawal kuasanya sendiri.
Raja Kegelapan tidak berhenti-henti melakukan serangan bertubi-tubi
terhadap Si Amal Penyelamat Sang Rimba. Namun, segala serangannya itu hanya
dielak oleh Si Amal Penyelamat Sang Rimba.
Raja Kegelapan pun bersuara dengan angkuh sekali, “kenapa kau tidak
melawan balik serangan aku?”. Si Amal Penyelamat Sang Rimba hanya mendiamkan
diri dan berjaga-jaga.
Si Amal Penyelamat Sang Rimba akhirnya bersuara, “Aku takut kau akan
mati setelah terkena serangan aku nanti, wahai Raja Kegelapan.”
“Hahahahahahahaha…”, dengan angkuhnya Raja Kegelapan mengketawakan kata-kata
dari Si Amal Penyelamat Sang Rimba itu. “Aku tidak pernah kalah dalam mana-mana
pertarungan sebelum ini sebab aku lah yang terkuat.” Mendengarkannya, Si Amal
Penyelamat Sang Rimba tersenyum sinis.
Setelah bertahun lamanya mereka berlawan tanpa henti, Si Kecil Iman
telah pun berumur 10 tahun. Oleh kerana Si Kecil Iman tidak mampu bersabar lagi
asyik bersembunyi bersama ibunya, Puteri Fatun, lantas dia pun keluar ingin
menolong ayahnya Si Amal Penyelamat Sang Rimba yang hanya mengelak segala
serangan dari Raja Kegelapan.
Namun, Puteri Fatun telah menghalangi kehendaknya itu kerana
khuatirkan akan keselamatan anaknya itu. Takut-takut Si Kecil Iman akan
tercedera semasa menolong ayahnya nanti.
Si Amal Penyelamat Sang Rimba telah banyak kali memberi peluang hidup
kepada Raja Kegelapan, tetapi Raja Kegelapan tidak insaf dan tetap ingin
membunuhnya.
Setelah sekian lama, Si Amal Penyelamat Sang Rimba pun membuat satu
serangan kecil terhadap Raja Kegelapan. Sepantas kilat, kedua-dua kaki Raja
Kegelapan putus tanpa disedarinya. Raja Kegelapan meraung kesakitan. “Arghhhh!!!!!
Arghh!!! Kaki aku..!! Tak guna kau Si Amal..!!” Raja Kegelapan tetap tidak mahu
mengalah.
Walaupun menahan kesakitan, Raja Kegelapan terus membuat serangan
bertubi-tubi kepada Si Amal. Sehinggakan kesabaran Si Amal Penyelamat Sang
Rimba telah pun hilang.
Si Amal Penyelamat Sang Rimba bersuara, “sudah tiba masanya kau mati
wahai Raja Kegelapan. Dan akan aku hancurkan negaramu sekali”
Si Amal Penyelamat Sang Rimba terus memukul Raja Kegelapan tanpa menggunakan
tenaga dalamannya. “Adakah kau mahu hidup lagi?” satu soalan ditujukan kepada
Raja Kegelapan.
“Kalau berani, bunuhlah aku. Hahahahahaha………” Jawab Raja Kegelapan. Si
Amal Penyelamat Sang Rimba pun membuat satu tendangan di kepala Raja Kegelapan
menggunakan kaki kirinya. Maka, terpisahlah antara kepala dan badan raja itu.
Dipungutnya kepala dan badan raja itu lalu dibawanya pulang ke negara
Raja Kegelapan tersebut. Si Amal Penyelamat Sang Rimba pun memusnahkan seluruh
negara yang dikuasai kegelapan tersebut tanpa meninggalkan walaupun satu yang
hidup.
Akhirnya, awan hitam mulai beransur hilang. Cahaya menjadi terang
seperti sedia kala. Semuanya kembali seperti asal. Kampung Sekapur Sireh Ros
dan Kampung Pinang Sebatang menjadi aman dan makmur.
Hutan yang dahulunya musnah akibat pertarungan di antara Raja
Kegelapan dan Si Amal Penyelamat Sang Rimba kembali subur menghijau.
Binatang-binatang mula kembali ke alamnya dan hidup terpelihara. Si Amal
Penyelamat Sang Rimba kini hidup bahagia bersama keluarganya.
***THE END***
Penulis:
Notfatun Nikmah
Mohamed & Muhamad Noramalsah Mohd Sah Roni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan