Hidup tak selalunya indah. Pagi tak selalunya cerah. Begitu juga hidupku sebagai seorang wanita. Tiada siapa dapat memahami hati dan perasaan wanita kerana hati dan perasaan mereka ini sangat rumit.
Oh Wanita... Begitu istimewa dirimu.
Seorang wanita selalu inginkan belaian, kasih sayang dan manja dari orang di sekeliling mereka. Sama ada dari ibu bapa mereka, kawan-kawan mereka atau suami mereka. Tapi, mampukah hati dan perasaan mereka ini difahami?
Seorang wanita juga inginkan penenang saat mereka dalam ketakutan. Bukan ditambah lagi kegusaran di dalam hati mereka kerana mereka benar-benar memerlukan seseorang yang boleh mendamaikan hati mereka dan membuatkan mereka berasa selamat.
Oh Lelaki.... Mampukah kau memahami hati seorang wanita? Menakut-nakutkan golongan berhati lembut ini bukan jalan penyelesaian bagi mereka. Mengapa kau hanya membuat hati mereka lebih merintih? Mengapa kau hanya membuat diri mereka menangis?
Oh Lelaki.... Kau tidak pernah memahami golongan wanita ini. Mereka walaupun nampak tegas di luar, nampak berani, pandai berkata-kata, namun, di dalam hati mereka tersimpan perasaan yang tidak boleh kau ertikan.
Wanita.... Saat keseorangan dan kesunyian, bermacam-macam perkara timbul dibenak mereka. Mereka sangat memerlukan dorongan dan sokongan. Walaupun hanya kata-kata semangat. Di saat ini mereka mudah menitiskan air mata tanpa mereka sedar mengapa harus jatuh air mata tersebut. Tetapi, mampukah kau memahami mereka wahai lelaki?
Oh.... Hati seorang WANITA sungguh rumit.. kerana kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu mengapa mereka berkelakuan begitu. Mengapa mereka menjadi begitu lemah..
Oh Lelaki.... Kau takkan pernah memahami mereka selagi mana kau hanya mengganggap perlakuan mereka dan kata-kata mereka sekadar gurauan. Dan kau takkan terus dapat memahami mereka selagi kau hanya terus dan terus mempermainkan perasaan mereka yang halus itu..
p/s: hargailah mereka selagi mereka masih ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan