Khamis, 27 September 2012

Nak Dengar Cite Ker??

Hari ni kelas tak adalah padat macam hari Selasa dan hari Rabu.. Hanya ada 2kelas sahaja iaitu kelas Komunikasi Antara Budaya dan kelas Media, Teknologi dan Masyarakat.. Haa....subjek apa ni?? heheh Inilah subjek bagi budak2 macam penulis.. (^-^)

Kesimpulan yang penulis dapat buat untuk subjek Komunikasi Antara Budaya (KAB) ialah subjek ini penting.. sebab ia sedikit sebanyak membantu kita dalam memahami, mendalami, mengetahui, meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza dengan kita..

Jadi, mesti kawan-kawan tertanya, mana munculnya subjek ni?? Sebenarnya subjek ini telah pun lama wujud..lebih2 lagi mengenai KAB..

Bidang pengajian KAB ini mula selepas Perang Dunia Kedua.. Di mana pada waku tersebut, banyak negara yang mengalami masalah ekonomi yang merundun.. Maka, negara United State (US) terpanggillah untuk membantu meningkatkan kembali ekonomi negara2 tersebut.. US pun menghantarlah pakar2 dalam pelbagai bidang ke negara2 yang terlibat..

 Malang tidak berbau.. Ceh...guna pepatah Melayu pula..hehhe Orang2 yang dihantar tidak dapat membantu sangat dalam menaikkan kembali ekonomi negara mereka kerana masalah2 berkaitan.. Seperti ada yang minta balik awal..ada yang tak dapat ngam ngan penduduk di situ dan berbagai2 masalah lagi.. Lantaran perkara tersebut, US pun mengambil keputusan untuk melakukan praktikal/ latihan / lebih dikenali sebagai education training kepada wakil2 yang dihantar ke negara luar tersebut..

Maka..Siapakah yang terpilih untuk melaksanakan tugas yang berat ini??? 

Nantikan sambungan episod ini pada keluaran akan datang...hahhhahha

Tak adalah...gurau je..hehehh

Edward T. Hall, seorang pakar antropologi, telah ditugaskan amanah melaksanakan education training tersebut di Foreign service Institute.. Jadi.... Siapa Edward T. Hall ni???  

Dia merupakan pelopor @ pengasas kepada bidang KAB ni lah.. Bergelar Profesor Emeritus dah sekarang ni.. dalam bidang komunikasi..

Jadi... BAGAIMANAKAH edward T. Hall ini melaksanakan tugas yang di amanahkan??
Kita berjumpa lagi di keluaran entry akan datang..

Salam sayang buat warga Malaysia.. Cintai diri anda.. Cintai Malaysia..

Maaf...entry berbentuk akademik pula kali ni.. mesti boring kan??heheh (^-^)

Tiada ulasan: