Dewasa ini kita sering melihat dunia industri hiburan kita mula ada perubahan dari semasa ke semasa.. termasuklah dari sudut aktres2 wanita yang mula bertudung atau berhijab.. Walau apa pun sebab musabab mereka mula meneruskan karier dengan imej baru (bertudung), saya menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah membukakan pintu hati mereka untuk menutup aurat.walaupun mungkin tidak mampu sesempurna, namun, asalkan ada niat untuk berubah menjadi muslim yang lebih baik, itu cukup memadai..
Sebagai rakyat Malaysia, saya juga berbangga kerana industri hiburan tanah air kita mula ada perkembangan.. barulah sesuai untuk menunjukkan imej negara kita sebagai negara Islam..yang mengamalkan Islam..
Bagi saya, sebagai muslim, kita seharusnya terus memberi sokongan kepada mereka agar tetapkan iman dalam meniti perubahan yang dilakukan.. usahlah kita memperkotak-katikkan niat dan hasrat murni mereka untuk berubah menjadi muslim sejati.. tetapi, sokonglah mereka.. tunjukkanlah mereka jalan yang baik untuk berubah dengan nasihat dan teguran yang berhemah.. dan doakanlah mereka..
Pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" sudah menunjukkan kepada kita agar kita berhati-hati dalam berkata-kata.. berfikir sebelum menyuaraknnya..kerana mungkin tanpa kita sedari, kita juga telah menjadi salah satu daripada individu yang menyumbang kepada runtuhnya keimanan mereka...
Pernahkah anda mendengar kata-kata "alah..kalau bertudung pun, perangai tak semstinya baik..", "kadang2 yang bertudung tu lagi teruk dari yang tak bertudung.." kata-kata ini memang selalu akan kedengaran di mulut orang-orang yang sentiasa tidak berpuas hati..orang-orang yang tidak mengerti erti kesyukuran..orang-orang yang suka untuk menghukum orang lain atas kesalahan orang lain.. seperti kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..
Jangan lah kita sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu.. kerana hanya ALLAH sahaja yang menghukum seseorang itu berdosa atau tidak.. dalam menjalani kehidupan bermasyarakat, hiduplah dengan aman damai tanpa ada persengketaan.. kerana itu lebih membahagiakan semua..
Terkadang, hati penulis berasa terkilan.. melihat kawan-kawan dan kenalan-kenalan sendiri yang tidak menutup aurat (bertudung)..malah..ada yang menyatakan dirinya nampak hodoh bertudung.. usahlah kawan menyatakan demikian..kerana, mungkin di sisi kita kita merasa hodoh..tapi di sisi Tuhan, mungkin kita adalah insan yang tercantik..
Dari sudut untuk menegur, penulis sedar akan kekurangan diri.. penulis memang tidak kuat/ mampu untuk menegur kawan-kawan yang tak bertudung kerana bagi penulis, penulis tidak tahu cara apakah yang berhemah untuk menegur kawa-kawan yang 'free hair' ini bertudung.. sebab, mereka tahu berhijab itu WAJIB.. mereka tahu.. tetapi, alasan-alasan yang diberikan seperti tak sampai seru...tungu dapat hidayah dan sebagainya hanyalah untuk menutup alasan mereka dari bertudung..
Rimas? Terkongkong? Hodoh?
Mengapa begitu memandang rendah pada diri.. wahai kawan.. diriku berdoa agar kawan-kawan akan bertudung (menutup aurat)..janganlah bila nyawa dah sampai dihujung tanduk, baru kawan-kawan menyesal..
Diri ini juga tidak sempurna..semua orang tidak sempurna..mengapa kita tidak sama-sama ke arah mensempurnakan diri kita???
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan