Khamis, 28 Julai 2016

Rindu Ku Pada Mu Yang Bergelar Syurga Ku..

Salam Sayang buat Suamiku..

Walaupun kau kini dekat di mata, namun hatiku masih lagi merindu..

Apa cukupkah kasih sayang yang aku berikan??

Atau masih kurang lagikah pengorbanan??

Maafkan aku atas segala kekurangan..

Tapi ketahuilah diri mu,

Bahawa Isterimu ini Merinduimu..

***
Andai perlu ku tongkah angin,
Andai perlu ku harung lautan,
Andai perlu ku selami malam,
Andai perlu ku redahi taufan,

Maaf sayang..
Kerana aku insan lemah
Tak mampu melakukannya

Namun,
Percayalah..

Rindu ku pada mu
Cinta ku pada mu
Sayang ku pada mu
Tetap bersemi di hati

Selagi mana hati ini kau pegang
Selagi mana hati ini kau belai
Selagi mana hati ini kau jaga

Rindu ku hanya untuk mu
Seorang..

***

Hahaaha.. maaflah penulis bermadah helah pula hari ini..hihi

Isnin, 18 Julai 2016

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Dah lama rasanya penulis menyepikan diri kan? Haha.. Biasalah tu. macam tak biasa pula kan.. Hehe..

So, kali ni penulis nak update pasal kerja.

Sekarang penulis sudah pun bekerja di sebuah syarikat Kezo Consult. Di bawah anak kecil syarikatnya iaitu Akademi JL sebagai Writer Assistant.

Apa pun, penulis baru je seminggu bekerja. Jadi, penulis diberi tempoh selama tiga bulan sebagai tempoh percubaan.

Doakan penulis ye..


****

Haa... ada satu benda penulis nak bagitahu ni.

Kan penulis pernah cakap dulu. Dulu-dulu lah, cita-cita penulis masa form 3 dan last lepas tu dah tak ada cita-cita dah. Penulis bercita-cita nak jadi Penulis..

Hahahahhahahhha..

Nampak tak di situ??

Okey lah.. sampai sini saja update ye..

Semoga bertemu di entry akan datang ye..

Bye..

Assalamualaikum.