Sup tulang kegemaran Alia sudah terhidang di atas meja makan. Hasnah cuba memanjang-manjangkan lehernya ke luar jendela, masih lagi tidak melihat kelibat anaknya itu. Selalunya anak kesayangannya itu sudah pulang di waktu petang begini. Waktu berbuka akan masuk 15minit lagi. Tetapi, anaknya masih belum pulang lagi. Kerisauan mula terpancar di wajah manis Hasnah.
“Assalamualaikum...”, “assalamualaikum...”. Kedengaran suara jeritan orang dari luar rumah. Hasnah segera ke arah jendela dan mengeluarkan kepalanya. “Ada apa Mat? Kenapa terjerit-jerit ni?”. Balas Hasnah dari jendela rumahnya.
“Hasnah, aku harap kau bersabar dengan apa yang aku nak cakapkan ni.”, balas Mat, yang merupakan jiran dan kawan baik kepada Hasnah. Hati Hasnah mula merasakan tidak enak mendengar kata-kata dari Mat. Adakah ada perkaitan dengan anaknya yang tidak balik lagi.
“Hasnah, anak kau, Alia, dia dikejarkan ke hospital sekarang.”, kata Mat. “Apa?”. Hasnah amat terkejut dengan berita yang didengarnya itu. “Alia, dia dilanggar lori tayar. Semasa dia tengah kayuh basikal, tiba-tiba tayar lori tayar tu meletup. Lori tu terbabas ke tepi dan melanggar Alia yang sedang berbasikal ketika itu di tepi jalan.”, cerita Mat panjang lebar.
Kepala Hasnah mula berpusing-pusing. Dia merasakan kepitaman menguasai dirinya dan keadaan sekeliling semakin gelap dari pandangannya. “Hasnah. Hasnah.”. Kedengaran suara-suara memanggil namanya. Kelopak matanya diangkat walaupun terasa amat berat sekali. Jijah, isteri Mat berada di depannya sambil memanggil namanya. “Jijah, Alia macam mana?”, Hasnah bertutur sebaik sahaja membuka matanya. “Alia masih lagi di hospital. Dia dah okey. Selamat. Kau kuatkanlah semangat. Nanti kita boleh melawat Alia. Buka dulu ye?”, balas Jijah panjang lebar. Hasnah hanya menggelingkan kepala. “Tak. Kau berbuka dulu. Kau tak jamah apa-apa lagi ni. Macam mana nak jaga Alia kalau kau sendiri tak bersemangat?”, tegas Jijah. “Aku nak berbuka dengan Alia. Aku sudah masakkan dia sup tulang kegemarannya. Dia paling suka sup tulang.”, kata Hasnah.
“Jamahlah sedikit dulu. Nanti kita bungkus bawa pergi hospital. Kau makan sama-sama dengan dia lah nanti. Sekurang-kurangnya kau ada lah tenaga nak berdiri, nak jaga dia lagi.”, balas Jijah. Hasnah akur dengan kata-kata Jijah. Kalau dia tidak makan, dia tidak akan punya tenaga untuk menjaga Alia. Hendak puasa lagi keesokan harinya.
Hati ibu mana yang tidak risau apabila mengetahui anaknya telah dilanggar lori dan dikejarkan ke hospital. Apatah lagi itulah satu-satunya anak tunggalnya setelah dia kematian suaminya 2 tahun yang lepas. Jikalau anaknya itu tiada pula, maka, tiadalah lagi peninggalan arwah suaminya itu. Anaknya itulah satu-satunya peninggalan arwah suaminya buat peneman dirinya di kala senja nanti.
1 lontaran:
saya dah berpindah ke blog baru.
ni alamatnya:
http://izzuddin1malaysia.blogspot.com
singgah2 ler..yee
defactohokage dah tak pakai..hehe
Catat Ulasan